Next
Next

[BM] Tidur Dalam Kereta Boleh Membawa Maut!

[BM] Tidur Dalam Kereta Boleh Membawa Maut!
Oct 18, 2018
6:21 pm

by Zarul

Ramai yang tidak tahu tentang bahayanya tidur di dalam kereta.  Terdapat banyak kes sebelum ni melibatkan mangsa mati ketika tidur di dalam kereta.

Kematian ketika tidur didalam kereta boleh disebabkan oleh  pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos yang akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan. Ini kerana karbon monoksida (CO) tidak boleh dilihat, tidak mempunyai bau.

Ada dua cara karbon monoksida (CO) membunuh, pertama ianya akan meresap ke dalam darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan dan merosakkan organ. Kedua karbon monoksida (CO) akan bergabung dengan Oksigen membentuk karbon dioksida (CO2). Kekurangan oksigen dan penambahan gas CO2 akan menyebabkan keracunan. Lebih teruk apabila tingkap ditutup rapat ketika aircond dibuka untuk tidur.

Kebocoran ini juga boleh berlaku ketika sedang memandu. Walaupun karbon monoksida (CO) ini sukar dikesan tetapi kita sedar dengan perubahan suhu dan akan merasa tidak selesa jika terdapat kebocoran. Kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap tetapi tidak jika sedang tidur kerana kita tidak akan sedar dengan perubahan yang berlaku.

Reviews 0.0

No reviews yet.

Be the first to review!

MYC! App
Get Latest University
News & Updates
Install Now