Next
Next

[BM] ‘Antibiotic Resistence’ Kesan Pengambilan Antibiotik Berlebihan

[BM] ‘Antibiotic Resistence’ Kesan Pengambilan Antibiotik Berlebihan
Mitchell Wong
on SOS Social Lines
Oct 18, 2018
4:57 pm

by Zarul

Apabila seseorang itu menghidapi penyakit seperti demam, batuk dan selesema, mereka pasti akan mengambil ubat seperti antibiotik untuk kembali pulih. Namun kekerapan memakan antibiotik akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap badan individu terbabit.

Terlalu kerap mengambil antibiotik tanpa keperluan, anda akan cenderung untuk mendapat ‘Antibiotic Resistence’ di mana bakteria akan menjadi lebih kuat dan tidak terpengaruh dengan antibiotik yang diberikan. Sekiranya kuman terlampau kuat, mungkin tidak ada lagi antibiotik yang boleh lawan kuman tersebut.

Kebiasaannya jika anda demam 1 – 2 hari itu dipanggil common cold yang disebabkan oleh virus yang pelbagai dan berubah mengikut musim. Ia akan memgambil masa yang singkat untuk pulih dengan sendiri. Rawatan di klinik biasanya mengikut simptom, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema.

Pengambilan makanan yang tinggi dengan natural antiviral, immune booster, minum air secukupnya, prebiotic & probiotic untuk kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan dan persekitaran yang kurang sesuai. Berilah peluang sistem imun badan untuk latih diri dan menjadi kuat.

Antara sebab lain yang berlakunya antibiotic resistance adalah seperti penggunaan antibiotik yang berleluasa pada haiwan ternakan. Penyebaran antibiotic resistance juga berlaku jika sayuran mendapat baja dari haiwan ternakan yang diberikan antibiotik.

 Jadi setiap pengambilan antibiotik haruslah mengikut jumlah yang ditetapkan dan dapatkan nasihat doktor. Pengambilan berlebihan akan memberi kesan yang buruk pada masa hadapan.

( Jadi adakah antibiotic perlu di makan sehingga habis? )

Reviews 0.0

No reviews yet.

Be the first to review!

MYC! App
Get Latest University
News & Updates
Install Now