Next
Next

Away From The Crazy Crowd

Away From The Crazy Crowd
Oct 12, 2018
7:33 pm

by Zarul

Pulau Kapas terletak di Terengganu dalam daerah Marang. Masyarakat memanggil Pulau Kapas kerana pasir pantai di pulau ini putih bagaikan kapas. Jadi kepada yang plan nak pergi, ini ada 5 sebab kenapa korang kena pergi Pulau Kapas ni.

  1. Perjalanan 10 minit dari tanah besar.

 

Mungkin kepada yang selalu mabuk laut  jangan risau kerana untuk ke Pulau Kapas, perjalanan bot hanya mengambil masa 10 minit dari tanah besar ke pulau.

Jadi, mabuk laut tidak mungkin terjadi  kerana perjalanan yang terlalu singkat. Tak perlu risau, korang tak akan muntah punya.

 

  1. Air laut biru kehijauan.

 

Walaupun Pulau Kapas terletak lebih kurang 6 KM dari tanah besar, anda pasti rasa tidak percaya sebaik sahaja menjejakkan kaki di sini. Rasa seperti berada di kepulauan yang jauh di tengah laut apabila melihat keadaan air laut membiru, bersih, dan jernih bak kristal.

Malah, kecantikan air laut di Pulau Kapas setaraf dengan pulau-pulau lain di serata dunia. Buat apa pergi jauh-jauh kalau anda boleh dapat pengalaman yang sama di dalam Malaysia?

 

  1. Kecantikan corals dan hidupan laut berwarna-warni.

 

Kalau korang nak tahu, Pulau Kapas antara pulau yang coral dia cantik di Malaysia dan ada kawasan taman laut, jadi coral-coral kat sini terjaga sebab diwartakan sebagai taman laut.

Snorkeling di Pulau Kapas adalah satu aktiviti yang tak boleh dilepaskan. Tak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, snorkeling di kawasan pesisir pantai sudah memadai dan pastinya akan membuat anda terpukau.

 

  1. Lebih murah berbanding pulau lain

 

Pulau Kapas sangat sesuai untuk percutian bajet. Tiada satu pun resort atau hotel bertaraf 5 bintang. Semuanya lebih kepada chalet bajet.

Kalau nak lagi jimat, boleh juga bermalam di campsite di sini. Satu malam baru RM20! Campsite di sini juga lengkap dengan segala kemudahan seperti dapur, bilik air, bilik mandi, surau, dan macam-macam lagi, khemah juga disediakan.

 

  1. Ada hiking, jungle trekking, dan cliff jumping!

 

Selain snorkeling, apa kata luangkan sedikit masa untuk mendaki Bukit Singa dan Batu Berakit untuk aktiviti yang lebih mencabar. Perjalanan sekitar 40 minit ke Bukit Singa, dan satu jam ke Batu Berakit sememangnya berbaloi kerana anda akan disajikan dengan pemandangan menakjubkan sebaik tiba di sana. Bagi yang berani anda boleh lakukan aktiviti cliff jumping Batu Berakit.

No comment yet.

Reviews 0.0

No reviews yet.

Be the first to review!

MYC! App
Get Latest University
News & Updates
Install Now